Disediakan Oleh:

Mohammad Iezzat Fathie Bin Mohammad Jafni L20222012978 Abdul Aziim Bin Jooni L20222012991 Mohamad Hazim Bin Khaidzir L20222012954

Thursday, July 13, 2023

Model Konseptual Falsafah Pendidikan Kebangsaan




ELEMEN POTENSI

 

Elemen yang pertama dalam FPK ialah “Elemen potensi individu”. Menurut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, Rohani, emosi dan jasmani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam diri setiap individu. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakulan), menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu .Selain itu, dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara.

Dari segi perkembangan unsur Rohani pula, ialah lebih menitik beratkan kepada kemantapan jiwa dengan keyakinan yang teguh kepada Tuhan. Seterusnya mempunyai kepercayaan dan kepatuhan kepada agama serta menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia. Disamping itu, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat amat penting dalam diri seseorang kerana ia mampu menguatkan jati diri setiap individu dan mampu memupuk perpaduan dalam masyarakat.

Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaran yang muhibbah, kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian.

Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah dengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.


ELEMEN PROSES PERLAKSANAAN

a)      Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

    Berdasakan kajian yang telah dilakukan ramai yang bersetuju, bakat, potensi dan kebolehan yang ada dalam diri seseorang adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Potensi-potensi yang ada pada seseorang individu haruslah dikembangkan secara bersepadu dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Sebagai contohnya potensi dari sudut intelek tidak boleh dipisahkan dengan potensi kerohanian.  Hal ini kerana, pelajar yang bijak tidak akan seimbang tanpa wujudnya norma-norma kemanusiaan seperti kasih sayang dan nilai menghormati orang lain.

    Begitu juga dengan potensi yang lain seperti potensi rohani dan jasmani dalam satu-satu aktiviti tidak boleh dipisahkan dengan kemahiran bersosial seperti sifat-sifat kerjasama dalam permainan dalam satu pasukan. Semua potensi ini seharusnya berkembang secara menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar yang sempurna.

    Elemen perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ini sebenarnya membawa maksud kepada perkembangan dan peningkatan seseorang individu hendaklah merangkumi keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.  Melalui perkembangan yang merangkumi keempat-empat aspek inilah yang akan melahirkan individu yang seimbang dari segala aspek.


b)     Insan yang seimbang dan harmoni

Insan yang seimbang membawa maksud bahawa semua keperluan manusia iaitu pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu berada di tahap yang baik. Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani dalam diri manusia adalah dalam keadaan serasi dan sesuai.  Keadaan ini akan membawa hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar dan juga manusia dengan Tuhan.

            Seterusnya, falsafah Pendidikan Kebangsaan berperanan dalam melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmoni seperti mempunyai ilmu, sahsiah yang baik, percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik dan juga kesihatan diri yang baik.  Hal ini boleh berlaku apabila masyarakat dapat mengamalkan keempat-empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek sehinggakan mereka mampu hidup secara harmoni terhadap diri sendiri dan juga dengan orang lain. 

Sekiranya keempat-empat aspek ini diamalkan dengan baik dalam kehidupan seharian, mereka akan berupaya menghadapi sebarang dugaan dan cabaran hidup dengan lebih mudah disamping berupaya menangani pelbagai kesukaran apabila berhadapan dengan segala macam masalah. Hal ini seterusnya membawa kepada lahirnya seseorang insan yang berfikiran matang dan berjiwa tenteram serta bersikap positif. 





No comments:

Post a Comment

KUIZ

  1)  "Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh d...